KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan di hampir seluruh negara, petang ini.
Berdasarkan maklumat METMalaysia, ribut petir diramal di beberapa lokasi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor, petang ini.
Beberapa kawasan pedalaman di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut diramal mengalami ribut petir, manakala hujan dijangka melanda pedalaman Perak dalam tempoh sama.
Di Sarawak, ribut petir diramal berlaku petang ini di satu atau dua lokasi di Kapit, Miri dan Limbang selain beberapa lokasi di Labuan, Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.
Hanya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak diramalkan cuaca cerah petang ini.
Ribut petir diramal turut melanda beberapa lokasi di Terengganu, selain Kelantan, Pahang manakala hujan pula di beberapa tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Perlis, Kedah dan Perak malam ini.
-BH