Ribuan artis menentang penggunaan AI tanpa lesen

Estimate Reading Time: 2 minutes

LOS ANGELES: Ribuan artis termasuk vokalis kumpulan ABBA, Bjorn Ulvaeus; pelakon Hollywood, Julianne Moore dan pemenang anugerah Nobel, Kazuo Ishiguro menandatangani satu kenyataan amaran berhubung penggunaan kecerdasan buatan (AI) tanpa lesen.

Semalam, kira-kira 11,500 individu berpengaruh terdiri daripada bintang muzik, kesusasteraan, skrin dan pentas bersama menandatangani kenyataan, susulan kebimbangan terhadap syarikat teknologi yang menggunakan karya kreatif sedia ada untuk melatih model AI tanpa kebenaran daripada pencipta asal.

“Penggunaan karya kreatif tanpa lesen untuk melatih AI generatif adalah ancaman besar dan tidak adil kepada mata pencarian individu di sebalik kerja berkenaan dan tidak boleh dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Di Hollywood, terdapat studio bereksperimentasi dengan AI dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara dilakukan membawa kembali bintang filem yang sudah meninggal dunia dengan menggunakan teknik ‘replika digital’ yang realistik.

Ini termasuk menggunakan latar belakang dijana komputer bagi mengurangkan bilangan pelakon diperlukan dalam satu-satu adegan pertempuran.

Sejak teknologi AI semakin rancak digunakan, ia juga mendatangkan kebimbangan terhadap pemain industri kreatif lain.

Kenyataan amaran untuk membanteras penggunaan AI tanpa lesen digerakkan oleh komposer Britain dan bekas eksekutif AI, Ed Newton-Rex, lapor The Guardian.

Newton-Rex dilapor memberitahu akhbar itu bahawa syarikat AI generatif termasuk bekas majikannya, Stability AI menggunakan kandungan hak cipta untuk melatih model tanpa membayar pencipta asal.

“Apabila syarikat AI menyebut perkara ini sebagai ‘data latihan’, mereka tidak berperikemanusiaan. Apa yang kita bincangkan ialah hasil kerja orang merangkumi tulisan, seni, muzik dihasilkan mereka,” kata Newton-Rex.

Tahun lalu, pengarang termasuk John Grisham, Jodi Picoult dan George RR Martin menyaman OpenAI atas dakwaan berlakunya ‘kecurian sistematik secara besar-besaran’.

Bulan lalu, bintang Hollywood termasuk Pedro Pascal, Jane Fonda dan Mark Hamill menyokong rang undang-undang keselamatan AI secara meluas di California.

Pemilik Facebook Meta, minggu lalu mengumumkan bahawa pelakon Hollywood Casey Affleck dan studio seram, Blumhouse bekerjasama untuk menguji perisian penjanaan filem AI dengan membuat satu siri filem pendek.

Sementara itu, antara individu terkenal lain yang turut menandatangani kenyataan berken

aan adalah penyanyi Radiohead, Thom Yorke, pengarang James Patterson dan pelakon Kevin Bacon. -AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427