Reman lelaki disambung kes promosi pornografi kanak-kanak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perintah reman selama empat hari terhadap seorang lelaki, disambung bagi membantu siasatan kes kegiatan mempromosikan pornografi kanak-kanak melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata reman ke atas suspek berusia 19 tahun sejak Khamis lalu itu, dilanjutkan tiga hari lagi hingga Rabu ini.

“Reman disambung hingga 23 Jun ini,” katanya ringkas kepada BH, hari ini.

Pada 16 Jun lalu, polis dilaporkan menahan suspek dan merampas telefon bimbit miliknya di sebuah rumah di Semenyih, dekat Kajang.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427