Rakyat Venezuela gesa pembebasan tahanan politik pasca pilihan raya presiden

Estimate Reading Time: < 1 minute

CARACAS: Puluhan rakyat Venezuela turun berdemontrasi di jalan raya di Caracas semalam menggesa pembebasan banduan yang ditahan dalam protes pemilihan semula, Presiden Nicolas Maduro yang menjadi pertikaian.

“Saya sudah bosan tinggal di negara dengan pemerintahan diktator sebegitu, saya mahu bebas,” kata seorang penunjuk perasaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang dipenjara.

Perhimpunan itu digerakkan oleh ahli politik pembangkang Maria Corina Machado, yang juga menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) yang sudah menyiasat dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan di Venezuela untuk mendesak pembebasan apa yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Foro Penal membabitkan lebih daripada 1,900 orang ‘tahanan politik’.

Kebanyakan tahanan ditangkap dalam protes yang berlaku selepas pilihan raya presiden Julai lalu untuk penggal ketiga berturut-turut selama enam tahun, dengan kemenangannya diisytiharkan oleh pihak berkuasa negeri dilihat sebagai setia kepadanya. Pembangkang mendakwa berlaku penipuan undi itu dan kerana takut ditangkap, Machado bersembunyi sejak pilihan raya, manakala calon presiden pembangkang, Edmundo Gonzalez Urrutia melarikan diri ke Sepanyol.

“Mereka di peringkat antarabangsa, perlu mengambil tindakan,” kata seorang wanita yang menyertai protes kepada AFP.

Wajahnya disembunyikan dengan topeng bertanda gincu merah, simbol yang mewakili darah 28 orang yang terkorban dalam pergolakan pasca pilihan raya.

Demonstrasi serupa turut diadakan di bandar lain di seluruh dunia termasuk Washington, Madrid dan Buenos Aires.

Minggu lalu, Amerika Syarikat menyekat 21 pegawai keselamatan dan kabinet tertinggi Venezuela, menuduh mereka terbabit dalam kempen penindasan selepas pemilihan semula Maduro.

Washington dan G7 sebelum ini mengiktiraf calon pembangkang Urrutia sebagai kemenangan yang sah dalam pilihan raya Julai, namun tindakan itu menimbulkan kemarahan Caracas.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427