Rakyat Malaysia antara 2,351 selamat tiba di Jeddah dari Sudan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba ke Jeddah dengan selamat dari Pelabuhan Sudan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi, menurut kenyataan terbaru Kementerian Luar Arab Saudi.

Mereka di bawa keluar dari Sudan yang sedang berdepan dengan pergolakan perebutan kuasa menggunakan kapal tentera H M S Abha.

Setakat ini, menurut kenyataan itu, kerajaan Arab Saudi sudah membantu mengeluarkan seramai 2,351 orang daripada pelbagai negara membabitkan 119 rakyat negara itu dan 2,232 rakyat daripada 67 negara.

Arab Saudi menerima beberapa pusingan pemindahan melalui udara dan laut sejak pertempuran meletus di negara ketiga terbesar di Afrika itu pada 15 April, sebahagian daripada apa yang disifatkan penganalisis sebagai usaha untuk meletakkan sebagai pemain utama dalam bertindak balas kepada krisis serantau. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427