Raikan Aidilfitri secara sederhana – Tuanku Muhriz

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah supaya rakyat negeri ini meraikan sambutan Aidilfitri secara sederhana berikutan suasana ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini.

Baginda bertitah, kesan penularan wabak COVID-19 telah mengurangkan kegiatan ekonomi yang menjejaskan sumber pendapatan.

“Maka sambutan Hari Raya pada tahun ini seharusnya diraikan tanpa perbelanjaan besar atau mewah.

“Beta juga mengingatkan semua rakyat jangan sesekali mengabaikan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.

“Semua ini amat penting untuk diamalkan kerana inilah cara kita dapat mengelakkan jangkitan untuk memutuskan rantaian wabak itu,” titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri di sini, hari ini.

Tuanku Muhriz turut menyeru rakyat agar segera mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Bagi memastikan semua masyarakat mendapat perlindungan.

Baginda menzahirkan penghargaan kepada kepemimpinan kerajaan negeri termasuk petugas kesihatan, pasukan keselamatan dan semua rakyat negeri ini dalam memerangi COVID-19, terutama mereka yang perlu bertugas ketika Aidilfitri nanti.

Baginda dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta keluarga turut mendoakan seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sentiasa berada bawah perlindungan Allah SWT dan terus kekal aman makmur serta dijauhi daripada sebarang musibah.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427