SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
Keputusan itu dibuat selepas Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa turut membebaskan seorang kerani bank, Johari Mohamad, atas sabitan dan hukuman sama ke atasnya.- BHarian