Queensland sedia pertimbang inkues MH370

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Peguam negeri Queensland sedia mempertimbangkan inkues ke atas kematian 4 warganya yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH370, yang hilang 6 tahun lalu.

Surat daripada ketua kakitangan Yvette D’Ath kepada jurukempen MH370, Byron Bailey berkata mengikut Akta Koroner Queensland, peguam negeri ada kuasa mengarahkan inkues walaupun kematian berlaku luar Australia, kata laporan The Australian.

Menurut akhbar itu, surat itu meminta Bailey menyediakan bukti baru mengenai MH370 – yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 bersama 230 penumpang – dan selepas itu D’Ath akan mempertimbangkan permohonan mengadakan inkues.

Perkembangan ini menjelang ulangtahun ke-6 kehilangan MH370, selain spekulasi mengenai pencarian baru dan dokumentari penting mengenai misteri itu yang disiarkan di Sky News minggu ini.

Pencarian 2 tahun diketuai Biro Keselamatan Pengangkutan Australia gagal temui pesawat itu. Pencarian seterusnya oleh syarikat tinjauan laut, Ocean Infinity juga tidak berjaya.

Menurut laporan itu, Bailey dan profesional penerbangan lain percaya pencarian temui jalan buntu kerana biro mengandaikan MH370 terhempas selepas kehabisan minyak dalam keadaan pandu auto.

Katanya, Bailey; seorang penduduk Brisbane, Greg Williams, dan seorang bekas kapten syarikat penerbangan, Mike Keane cuba berbulan-bulan memujuk pejabat peguam negeri supaya melancarkan inkues ke atas kematian pasangan, Rodney dan Mary Burrows, dan Robert dan Catherine Lawton.

Katanya, mereka fikir D’Ath mungkin akan mengarahkan inkues jika waris mereka meminta beliau berbuat demikian, dan Williams sudah menghubungi mereka. – FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427