Qatar tuan rumah Piala Asia 2023

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 17 Oct 2022 (The Capital Post): Skuad Harimau Malaya akan terbang ke Qatar selepas negara berkenaan dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Piala Asia 2023.

Perkembangan itu disahkan Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa yang mengucapkan tahniah kepada Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) atas kejayaan bidaan itu selain menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) yang turut mengemukakan bidaan.

“Tahniah kepada Qatar kerana mendapat hak penganjuran Piala Asia yang akan datang. Kemampuan Qatar dan rekod cemerlang dalam menganjurkan acara sukan bertaraf antarabangsa sememangnya disegani di dunia ini.

“Saya juga ingin memuji AFC atas profesionalisme dalam mengendalikan proses bidaan yang adil dan telus selain terima kasih kepada rakan kongsi komersial serta penaja atas kesabaran ketika detik sukar ini.

“Mengambil kira tempoh persiapan yang singkat, kami tahu ini satu situasi yang sukar. Namun dengan intrastruktur berkelas dunia dan kemampuan menjadi tuan rumah, kami percaya Qatar mampu menjadikan Piala Asia sebagai saingan yang berprestij,” kata Shaikh Salman.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Eksekutif AFC turut menyenaraikan Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) sebagai dua pembida terakhir bagi Piala Asia 2027.

Keputusan untuk memilih tuan rumah bagi edisi itu akan dikendalikan oleh Kongres AFC pada mesyuarat seterusnya yang akan berlangsung pada Februari tahun depan.

“Terima kasih kepada tiga ahli gabungan kita – AIFF, QFA dan SAFF – yang mengemukakan bidaan yang terbaik untuk menganjurkan Piala Asia 2027.

“Kami turut menghargaai hasrat Persekutuan Bolasepak Iran dan Persatuan Bolasepak Uzbekistan yang turut berminat untuk menjadi hos edisi 2027 serta Bolasepak Australia bagi edisi 2023.

“Kami mendapati bidaan daripada AIFF dan SAFF sangat menakjubkan dan QFA akan menjadi asas yang kuat sebelum penganjuran bagi edisi 2027 nanti,” katanya.

-BH

(The Capital Post)

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427