KUALA LUMPUR, 26 Okt 2022 (The Capital Post): Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan menamakan calon berprofail tinggi dan kemasukan tokoh pelbagai latar belakang dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) hari ini.
Pengumuman yang akan dibuat bersama Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli itu dijadual diumumkan pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, petang ini.
Media sebelum ini melaporkan Anwar, berkata anaknya, Nurul Izzah kemungkinan besar kekal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15.
Mengulas spekulasi bahawa Naib Presiden PKR itu akan berpindah bertanding di Parlimen Ampang dan kerusi Permatang Pauh disandangnya bakal ditandingi Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, Anwar dalam nada berseloroh, berkata cadangan itu boleh dipertimbangkan.
-BH
(The Capital Post)