PROLINTAS guna sistem pintar S3 pantau lebuh raya

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) kini menggunakan Sistem Pemantauan Lebuh Raya berteraskan teknologi pintar PROLINTAS Smart Surveillance System (S3) dalam pengurusan operasi semua lebuh raya seliaannya bermula pada 19 Ogos lepas.

Dalam satu kenyataan, PROLINTAS berkata ini sekali gus menjadinya sebagai syarikat konsesi pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi pintar sedemikian yang meliputi lebuh raya kendaliannya iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata S3 bertujuan meningkatkan tahap kecekapan operasi lebuh raya yang merangkumi aspek pemantauan, pengesanan kerosakan, kemalangan, objek asing, kawasan air bertakung serta kehadiran haiwan liar.

“Ini adalah sebahagian daripada keupayaan sistem ini selain penstriman video, notifikasi dan pelaporan pada masa nyata.

“Teras utama S3 adalah penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin dikenali AISYA (sistem analisis AI) yang berperanan memperoses imej dan pengecaman, pengkelasan, analisis data dan laporan digital seterusnya memberikan notifikasi kepada petugas melalui aplikasi mudah alih serta web,” katanya.

Beliau berkata sejak pelancarannya, S3 telah mengesan sebanyak 1,303 kes pada bulan pertama dan 440 pada bulan berikutnya dengan lebih 50 peratus kes kerosakan permukaan dan aset lebuh raya telah dibaik pulih menerusi notifikasi masa nyata S3.

Selain itu, PROLINTAS turut melancarkan sistem aplikasi pengurusan operasi lebuh raya PROLINTAS Integrated Maintenance Escalations (PRIME) yang dibangunkan menggunakan platform Microsoft Kaizala & Flow.

“Pembangunan PRIME membantu proses penjanaan modul automasi bagi penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan dan pendigitalan yang mana borang manual akan digantikan dengan kad tindakan menerusi platform Microsoft Kaizala,” kata syarikat itu.

— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427