Projek Pembekalan Petrol RON95, Diesel Tanpa Subsidi bantu selamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan projek rintis Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi di bawah inisiatif Program Ekonomi Sempadan di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu mampu menyelamatkan peruntukan subsidi minyak kerajaan, selain dilihat dapat meningkatkan pendapatan melalui cukai jualan dikenakan ke atas kenderaan asing.

Beliau berkata, laporan awal mendapati, data jualan bahan petroleum bersubsidi menunjukkan penurunan sebanyak 13.2 peratus bagi diesel, manakala 15.7 peratus bagi RON95 di 38 stesen minyak di Perlis bagi tempoh dua bulan pertama pelaksanaan program.

“Ia membabitkan penjimatan subsidi kerajaan bernilai antara RM5 juta. Dua stesen minyak tanpa subsidi di Perlis terbabit mengalami peningkatan jualan sebanyak 14.75 peratus bagi diesel tanpa subsidi, manakala 43.27 peratus bagi RON95 tanpa subsidi.

“Perbezaan harga komersial di Malaysia masih murah berbanding Thailand, dengan harga jualan RM3.05 per liter berbanding RM4.62 per liter bagi Petrol RON95, manakala RM3.00 per liter berbanding RM4.24 per liter bagi diesel.

“Hasil libat urus KPDN bersama agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) juga mendapati, aliran trafik kenderaan asing adalah tinggi terutama di bahagian utara Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 3 Tahun 2023. di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427