PRK Tanjung Piai: PH ada peluang menang – Dr Mahathir

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA- Pakatan Harapan (PH) berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai ini, namun menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad para penyokong pakatan itu, termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi PH, perlu terus bekerja kuat dan turun berkempen.

“Saya harap penduduk di sana (Tanjung Piai) sedar, terutamanya bahawa kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana kami menjadi kerajaan di peringkat Johor dan juga pusat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini hari ini.

“… kemenangan Barisan Nasional (BN) atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun mereka tidak boleh buat apa-apa kerana tidak dapat tukar kerajaan Johor dan pusat. Ini sesuatu yang kita harap pengundi akan mengambil kira dan memberi undi kepada PH,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 Nov ini susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas- BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427