BANGKOK: Polis Thailand menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membunuh dua individu selain mencederakan seorang lagi, selepas 15 jam berlindung di sebuah rumah yang dikepung polis.
Penembak itu mula melepaskan tembakan di Phetchaburi yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) di barat daya Bangkok sekitar jam 3 petang waktu tempatan semalam, mendorong polis mengepung rumah di mana suspek berlindung.
Leftenan Jeneral Polis, Thanawut Wutijarasthamrong, berkata pertembungan itu tamat awal hari ini selepas pihak polis menyerbu premis berkenaan dan menembak mati seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali.
“Bagaimanapun, media tempatan melaporkannya sebagai bekas pegawai taman negara berusia 29 tahun.
“Kami memulakan mengikut prosedur dengan cuba berunding, namun suspek masih melawan dan melepaskan tembakan.
“Dia kemudian lari ke biliknya di tingkat dua dan jika anggota saya tidak membawa perisai, sudah tentu mereka terkena tembakan,” katanya.
Tambah beliau, polis menemui pistol jenis Glock bersama dua kelopak peluru di lokasi dan suspek dipercayai memiliki lebih banyak senjata,
Thailand mempunyai kadar pemilikan senjata api yang tinggi dan kes keganasan membabitkan senjata api semakin meningkat sejak setahun lalu, termasuk kes paling menyayat hati di Thailand baru-baru ini.
Kerajaan Thailand menjadi dikejutkan pada Oktober lalu selepas seorang bekas sarjan polis membunuh 36 orang, 24 daripadanya kanak-kanak, di timur laut wilayah Nong Bua Lam Phu. – AFP