TAIPING, 26 Okt β Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar tampil membantu bagi membuat pengecaman satu mayat wanita India yang ditemui reput di belakang sebuah kuil di Taman Zanith di sini, Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata mayat ditemukan dalam keadaan terlentang pada pukul 7.02 petang, dan antara barang yang ditemukan berhampiran mayat itu adalah seluar panjang warna hitam, seutas jam tangan wanita jenama Casio, gambar dewa Vinayagar dan Shiva, serta beg duit.
βIa dipercayai mayat seorang wanita berumur antara 35 dan 55 tahun, tinggi antara 156 dan 160cm, berbadan kurus dan terdapat besi dipasang pada kaki kanan, dan wanita itu dianggarkan telah meninggal dunia antara 10 dan 14 hari sebelum mayatnya ditemui,β katanya dalam sidang media di IPD Taiping di sini, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan ASP Rahimi Abd Rahman degan menelefon 010-4643029 atau hotline 05-8080222 bagi membantu siasatan. -BERNAMA