Polis tahan lelaki provokasi anggota MPKS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan provokasi terhadap penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) selepas tidak berpuas hati disaman atas kesalahan meletakkan motosikal di petak parkir orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan di pekarangan sebuah stesen minyak di Jalan Bidara 6/3 Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

“Penahanan dibuat selepas polis menerima laporan daripada penguat kuasa lelaki itu pada jam 9.49 pagi hari sama sejurus berlaku provokasi berkenaan.

“Semalam turut tular video rakaman di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai anggota MPKS sedang bertugas dan menyaman kenderaan menyalahi undang-undang di Jalan Bidara 6/2 Saujana Utama serta diprovokasi seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semalam, Setiausaha MPKS, Yusli Askandar dilaporkan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan biadab seorang lelaki yang melakukan provokasi dan ancaman kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas pemantauan kupon parkir.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, suspek dikatakan menghampiri anggota terbabit dan mengeluarkan perkataan kesat serta berbaur ancaman.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427