Polis siasat kes bayi diberi minum arak

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAYAN LEPAS: Polis sudah menerima laporan berhubung rakaman video menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol yang tular di media sosial, hari ini.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung laporan insiden itu.

“Kita sudah terima laporan berhubung kejadian itu. Siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan suspek terbabit,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah, David Marshel menggesa polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang memberikan minuman keras kepada bayi terbabit.

Katanya, perbuatan itu harus dihentikan dan bayi terbabit juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak tanggungjawab berkenaan.

“Laporan sudah dibuat supaya polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

“Kita harap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dapat mengambil tindakan segera bagi memeriksa dan membuat ujian darah terhadap bayi itu bagi memastikan mangsa tidak terdedah dengan kandungan alkohol,” katanya.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi 30 saat menunjukkan seorang lelaki memberikan minuman keras kepada seorang bayi yang menimbulkan kecaman orang ramai.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427