Polis Sarawak yakin dapat jejaki individu fitnah Datuk Fisol Salleh

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuching: Polis yakin dapat menjejaki individu yang menggunakan akaun Facebook palsu untuk memfitnah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Fisol Salleh dengan mendakwa beliau melindungi sindiket kongsi gelap di negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Lukas Aket berkata, polis akan menjejak suspek dengan pelbagai kaedah termasuk menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) walaupun suspek menggunakan nama samaran serta akaun palsu.

Katanya, hasil siasatan awal, polis mengenal pasti semua individu yang terdapat dalam hantaran yang dimuat naik oleh suspek dalam Facebook berkenaan.

“Ternyata ia adalah fitnah bagi tujuan untuk menjatuhkan imej dan reputasi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak tular di Facebook yang mendakwa beliau menjadi pelindung utama sindiket perjudian, penyeludupan dan kongsi gelap di negeri ini.

Justeru, Lukas menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai medan untuk menyebarkan perkara berunsur jelik, fitnah, tidak benar atau tohmahan terhadap seseorang kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427