Polis rampas ganja hampir 50kg, tiga ditahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

TAIPING: Polis menahan tiga suspek di Kampung Paya, Kamunting, disini dan merampas beberapa ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 48.446 kilogram, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kesemua dadah bernilai lebih RM 150,000 itu ditemui pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam beberapa siri serbuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan masing-masing dua lelaki dan satu perempuan berusia 35 hingga 39 tahun.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati suspek bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.

“Semua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM153,260 dan ia mampu digunakan 15,700 penagih.

“Pihak polis turut mengambil tindakan dibawah Akta Dadah Berbahaya (1988) di mana JSJN Perak turut merampas tiga kenderaan dan rantai yang kesemuanya bernilai RM 67,670,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, kesemua suspek negatif dadah serta tidak mempunya sebarang rekod jenayah lampau dan mereka direman enam hari bermula 18 hingga 23 Mei bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952.

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427