PM umum berita gembira untuk rakyat menjelang Aidilfitri, 2 petang ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini tentunya tertumpu kepada sidang media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 2 petang ini yang dijangka membabitkan pengumuman beberapa berita baik buat seluruh rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri hujung minggu ini.

Sidang media Perdana Menteri itu dijangka disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook PMO.

Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

Ciapan itu membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah berita gembira berkenaan dan ramai menjangkakan ia akan berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena perayaan. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427