PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Ketua Cabang PKR Padang Besar

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Cabang PKR Padang Besar Allahyarham Amran Kamarudin yang meninggal dunia malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar yang juga Presiden PKR turut mendoakan agar roh Allahyarham yang juga bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis, ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada KEADILAN di Perlis akan sentiasa dikenang buat selamanya. Al-Fatihah,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Amran, 59, yang juga calon Pakatan Harapan tewas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Perlis.

Turut menyampaikan ucapan takziah ialah Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Marilah kita doakan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan serta ditempatkan di syurga bersama orang beriman dan beramal soleh, insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan di Facebook.

Media melaporkan Amran meninggal dunia kira-kira 11.10 malam tadi di kediamannya di Kangar.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Perlis Gan Ay Ling ketika dihubungi Bernama berkata Amran meninggal dunia akibat sakit jantung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar. – BERNAMA

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427