PLTP mengorak langkah tahun 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTP ) membuka tirai aktiviti tenis 2020 dengan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tenis Malaysia Tahap 1 di RPGC Garden Hotel, Ipoh, dari 19 hingga 22 Januari ini. 

Naib Presiden PLTP, Fazwil Abdul Wahid, berkata kursus yang menggunakan modul Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) itu adalah yang pertama kali dianjurkan di Ipoh.

Katanya, kursus di bawah kelolaan Zulkhairi Mohd Khair itu yang telah bertauliah sebagai tutor ITF sambil akan dibantu oleh jurulatih negara, S Selvarajoo.

Menurutnya, seramai 30 peserta dari seluruh negara telah mendaftar termasuk peserta dari Afrika dan Filipina.

“Hampir separuh daripada peserta terdiri dari negeri Perak yang telah mengambil peluang untuk menyertai kursus yang dianjurkan di negeri sendiri,” ujarnya.

Beliau mengalu-alukan lebih ramai jurulatih di Perak dapat ditauliahkan agar mereka dapat mengembangkan lagi pertumbuhan pemain-pemain baru yang bakal menjadi pemain elit.

Katanya, Perak adalah salah sebuah negeri yang paling banyak menghasilkan pemain-pemain berbakat seawal umur enam tahun dengan Daerah Larut Matang Selama dan Kerian menjadi daerah yang paling banyak menghasilkan pemain-pemain muda.

Sehubungan itu, Fazwil berharap agar pihak kerajaan dapat membina sebuah lagi kompleks tenis bertaraf antarabangsa di Taiping.

Pihak PLTP akan membuka langkah untuk mengumpul dana bagi tujuan pembinaan Kompleks Tenis Taiping itu dengan menganjurkan Larian Tenis tidak lama lagi. -Stadium Astro

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427