PKR: Akuan bersumpah sokong Dr M hanya khabar angin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Dakwaan terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri hingga tamat penggal adalah khabar angin, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

“Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan),” katanya yang juga menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Saifuddin ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog antara KPDNHEP dan pemain industri mengenai impak Covid-19, hari ini.

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli Parlimen dari Umno, PAS, PPBM selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Saifuddin berkata: “Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin.” -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427