KUALA LUMPUR: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di asrama pekerja syarikat Top Glove Corp Bhd di Meru, Klang dilanjutkan 14 hari lagi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata, perintah kawalan itu akan dilanjutkan sehingga 14 Dis depan.
“Keputusan itu dibuat atas nasihat KKM setelah mendapati masih terdapat jangkitan Covid-19 melibatkan pekerja syarikat berkenaan,” katanya -FMT