PKPB: KWSP umum penutupan sementara cawangan di Selangor, KL, Labuan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup sementara semua pejabat termasuk kaunternya di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan mulai Khamis (22 Okt) sehingga diberitahu kelak.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah itu diambil susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan arahan kerja dari rumah yang dibuat baru-baru ini di lokasi berkenaan.

“Oleh itu, semua urusan Janji Temu Online (JTO) di pejabat KWSP di Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan akan dibatalkan serta-merta dan anggota yang telah membuat temujanji sepanjang tempoh PKPB perlu menjadualkan semula janji temu mereka selepas perintah kawalan ditarik balik,” katanya.

Sementara itu, KWSP menggesa anggoita dan majikan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP, i-Akaun (Anggota) dan i-Akaun (Majikan), sambil menambah caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau di kaunter ejen bank yang berdaftar.

Dana ini menasihatkan anggota termasuk majikan untuk mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi KWSP dan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungannya di talian 03-8922 6000 bagi penjelasan.

”KWSP mengambil pendirian untuk sangat berhati-hati berhubung dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di negeri-negeri ini dan di seluruh negara secara keseluruhannya.

“Walaupun kami memahami penutupan ini mungkin menimbulkan sedikit kesulitan kepada orang ramai, kami tetap fokus untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan anggota serta majikan yang melawat kaunter dan pejabat KWSP setiap hari,” tambahnya lagi. -BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427