PKPB: GM Klang perkenal GM Live, galak orang ramai belanja di platform digital

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Orang ramai kini berpeluang untuk mendapatkan produk dan promosi barangan dari para pemborong GM Klang dengan mengikuti program LIVE GM Klang di platform digital rasmi mereka, tanpa perlu berkunjung ke pusat borong tersebut.

GM Klang dalam kenyataan hari ini memaklumkan berikutan situasi semasa yang tidak membenarkan rentas negeri dilakukan, program secara langsung itu akan membawa penonton menerokai kedai-kedai di GM Klang dan berkongsi promosi-promosi menarik yang ditawarkan.

“Situasi kini telah mendorong lebih banyak bidang perniagaan tertumpu secara dalam talian dan kini menjadi trend orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan dan seiring perkembangan ini, GM Klang mula memvariasikan mesej di platform digital rasmi kami.

“Melalui segmen review produk ini yang bersiaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penonton boleh berinteraksi dengan selebriti-selebriti jemputan pada slot-slot terpilih,” katanya.

Menurut kenyataan itu, platform media sosial ini bukan sahaja tertumpu kepada promosi perniagaan dan produk semata-mata, tetapi juga pelbagai video Tik Tok sebagai hiburan santai kepada pengikut-pengikut media sosial mereka.

“Selain itu, GM Klang juga memaparkan konsep ‘unboxing’ yang diketengahkan dalam segmen On X On GM Klang, dan para penonton pastinya akan lebih teruja untuk melihat barangan yang dibeli di GM Klang dan didemontrasikan dengan lebih terperinci,” menurut GM Klang.

GM Klang juga menjalankan pelbagai kempen dan peraduan untuk para pengunjung dan menawarkan pelbagai hadiah menarik. -BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427