#PKP3.0 : Moratorium 3 Bulan atau 50% Bayaran Ansuran selama 6 Bulan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 31 Mei 2021 (The Capital Post) – Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri, hari ini mengumumkan inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau PEMERKASA + (Plus) sebanyak Rm 40 Billion.

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri mengumumkan bantuan moratoriam dengan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh para peminjam boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.

“Saya juga mendengar permintaan rakyat supaya Kerajaan menimbang semula pemberian moratorium. Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium. ” tambah Perdana Menteri.

Inisiatif dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427