Pharmaniaga akan keluarkan vaksin pneumokokal di Malaysia

Estimate Reading Time: 2 minutes

SHAH ALAM, 27 Okt — Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Serum Institute of India Private Limited (SERUM) akan bekerjasama bagi menghasilkan Vaksin Pneumokokus Konjugat (PCV) yang mampu dimiliki di Malaysia.

Pharmaniaga dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan vaksin tersebut boleh digunakan oleh bayi dan kanak-kanak berusia antara enam minggu hingga dua tahun sebagai pencegahan daripada penyakit invasif yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae (pneumokokus) atau penyakit pneumokokus yang berpotensi menbawa maut.

Menurut kenyataan itu, kerjasama tersebut direalisaikan selepas kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman melibatkan anak syarikat milik penuh Pharmaniaga, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) dengan SERUM, baru-baru ini.

“Kerjasama yang dimeterai itu akan membolehkan PLS membeli PCV dan seterusnya menghasilkanya menggunakan teknologi dan pengetahuan yang dilesenkan oleh SERUM untuk menghasilkan dalam bentuk picagari praisi (PreFilled Syringes-PFS).

“Ini adalah langkah utama untuk meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian vaksin berkenaan di negara ini. Vaksin prakelayakan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini akan membolehkan lebih ramai kanak-kanak dilindungi daripada penyakit seperti Meningitis, Sepsis, Pneumonia (radang paru-paru) dan Otitis Media serta memberi kita pilihan dalam perjuangan untuk memastikan tidak ada anak yang mati akibat pencegahan dan penanganan ini. penyakit,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pharmaniaga Datuk Zulkarnain Md Eusope dalam kenyataan sama berkata, meskipun Pneumokokus merupakan antara penyakit yang merebak secara meluas dan berbahaya, namun ia penyakit yang dapat dicegah di Malaysia.

Beliau juga percaya vaksinasi merupakan aspek penting kesihatan awam dan melalui vaksinasi juga beberapa penyakit dapat dicegah dengan berkesan sekali gus membolehkan lebih banyak nyawa diselamatkan.

“Saya gembira, dengan kerjasama dengan Pharmaniaga dan SERUM, senergi antara kedua-dua syarikat yang terkenal ini dapat berkerjasama melalui kemudahan yang diperakui antarabangsa bagi menjayakan pembangunan dan merealisasikan projek ini,” katanya.

Tambah beliau, sebagai komitmen syarikat untuk menjadi penyedia farmaseutikal halal global terkemuka, Pharmaniaga komited untuk menghasilkan vaksin keluaran tempatan yang halal dan diakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. -BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427