PH tak terima Bersatu selagi tak bertaubat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Bukan perkara mudah jika Bersatu ingin kembali kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ia setelah berlakunya pengkhianatan menerusi Langkah Sheraton setahun lalu yang meruntuhkan kerajaan PH.

Menurut Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, pihaknya tidak membincangkan lagi mengenai perkara itu kerana tiada dalam pe­rancangan, namun tidak menolak jika kerjasama itu berlaku nanti.

“Semalam ulang tahun pertama Langkah Sheraton, pengkhianat utama dalam kejadian itu adalah Bersatu. Maka sehingga hari ini, kita belum lihat Bersatu insaf tentang pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap mandat rakyat.

“Tanpa keinsafan dan rasa taubat yang patut ada pada Bersatu, belum ada ruang untuk melihat PH bekerjasama dengan parti itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Mingguan Malaysia melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada UMNO mampu menang jika bertanding sendiri tanpa gabungan parti Melayu lain seperti Bersatu.

Malah, pertembungan lebih dua penjuru juga akan berlaku melibatkan UMNO, Pas, Bersatu dan parti pembangkang lain termasuk PH.

“Jika itu berlaku, ini bermakna pilihan untuk rakyat bertambah dan dari segi demokrasi tidak semestinya buruk, maka rakyat yang bijak boleh menilai dan amalkan demokrasi untuk pilih siapa yang terbaik.berulang esok,” kata beliau. – UTUSAN

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427