Petugas Prasarana kontak rapat Tajuddin jalani saringan Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pegawai dan kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang menjadi kontak rapat Kategori B kepada Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman, diarah mengambil ujian swab Covid-19.

Prasarana dalam kenyataan memaklumkan saringan itu dibuat susulan Tajuddin disahkan positif.

Menurut kenyataan itu, petugas yang tergolong dalam kontak rapat kategori C pula dikehendaki menjalani proses kuarantin kendiri di rumah serta-merta, selama sepuluh hari sehingga 29 Jan atau sehingga individu Kategori B didapati negatif.

“Tajuddin masuk ke pejabat pada pagi Isnin (18 Jan) untuk satu mesyuarat dengan beberapa pegawai kanan.

“Beliau juga hadir ke satu mesyuarat pada pagi semalam, namun terus ke hospital untuk ujian sejurus mengetahui Nazri Aziz positif Covid-19,” demikian menurut kenyataan itu.

Susulan itu, seluruh ibu pejabat korporat Kumpulan Prasarana, di Menara UOA, Bangsar turut dilakukan pembersihan komprehensif dan sanitasi untuk pada petang Isnin.

Satu lagi proses sanitasi dan pembersihan komprehensif tambahan akan dijalankan hari ini berikutan perkembangan terbaharu itu, menurut kenyataan itu.

Prasarana turut memaklumkan pejabatnya beroperasi seperti biasa namun mengikut SOP yang ditetapkan, melibatkan hanya 30% petugas daripada bahagian pengurusan dibenarkan hadir, manakala petugas lain diarah bekerja dari rumah sehingga tamat arahan perintah kawalan pergerakan.

Tajuddin di Facebook hari ini memaklumkan, dirinya positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, yang sebelum ini disahkan positif.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427