Pertambahan 4,743 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,743 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding semalam yang mencatat 4,611 kes, iaitu angka terendah sejak pertengahan Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini setakat ini sebanyak 705,762 kes.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Selangor kekal merekod kes tertinggi iaitu 1,566 kes.

“Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 635 kes, Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167) dan Kelantan (165).-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427