KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata bukti fizikal diperlukan untuk meneruskan kes tuduhan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim yang diumum tutup semalam.
Beliau berkata polis sukar menyiasat kejadian yang didakwa dalam laporan Muhammed Yusoff Rawther itu kerana ia berlaku lama dahulu.
“Bercakap benar atau tidak itu persoalan lain, tetapi apa bukti-bukti korelatif yang kita ada?” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis hari ini. -FMT