KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang selama dua minggu bermula 19 Februari sehingga 4 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Manakala negeri-negeri lain pula akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali Perlis bermula 19 Februari hingga 4 Mac.
Ismail Sabri menjelaskan Perlis menjadi satu-satunya negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).