Perbicaraan Suspek MH17 Bermula Hari Ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

AMSTERDAM : Perbicaraan pertama empat suspek yang dituduh menembak jatuh pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) akan bermula hari ini, lima tahun selepas tragedi berkenaan berlaku di Ukraine.

Menurut pendakwa, kesemua suspek yang terdiri daripada tiga rakyat Russia dan seorang dari Ukraine itu menggunakan sistem peluru berpandu Russia bagi menembak jatuh pesawat MH17.

Kesemua suspek dipercayai berada di Russia dan tidak akan menghadiri sesi terbabit.

MH17 ketika itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila menjadi mangsa tembakan peluru berpandu oleh pemberontak pro Moscow di timur Ukraine, sekali gus mengorbankan kesemua 298 kru dan penumpang.

Russia bagaimanapun menafikan sebaran pembabitan dalam tragedi itu.

Arahan pertama diberikan hakim adalah mengenal pasti jika kesemua tertuduh akan diwakili peguam sepanjang tempoh perbicaraan dan menetapkan jadual untuk kes terbabit diteruskan.

Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) diketuai Belanda sebelum ini menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mengumpul semua bukti sebelum mengeluarkan waran tangkap tahun lalu ke atas empat suspek terbabit.

Masing-masing dikenali sebagai Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan Igor Girkin dari Russia serta rakyat Ukraine, Leonid Karchenko. – Reuters

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427