Perarakan pedati Thaipusam Pulau Pinang teruskan tradisi 164 tahun

Estimate Reading Time: 2 minutes

GEORGE TOWN: Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, pedati Thaipusam Pulau Pinang memulakan perjalanannya awal pagi ini, meneruskan tradisi selama 164 tahun, di kala pandemik Covid-19.

Walaupun kerajaan negeri menghalang dengan tegas perarakan pedati tahun ini, atas faktor risiko kesihatan, pemilik pedati, Chettiars, meminta kerajaan pusat campur tangan.

“Hasil usaha (Timbalan Presiden MIC) M Saravanan, kami berjaya mendapat keizinan untuk perarakan ini. Semoga tuhan memberkati beliau,” kata A Narayanan, pemegang amanah kanan Nattukottai Chettiars, kepada FMT.

Sebelumnya, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang telah menuduh Chettiars tidak tetap pendirian kerana mereka telah bersetuju bahawa perarakan pedati itu akan ditangguhkan tahun ini, tetapi menukar fikiran setelah perarakan serupa diizinkan dari Kuala Lumpur ke Batu Caves.

Pedati Perak tersebut ditarik meninggalkan pekarangan Kovil Veedu di Lebuh Penang oleh dua lembu pada pukul 3.30 pagi, menuju kuil Air Terjun. Laluan itu jauh lebih pendek daripada perjalanan 6.6km sebelum ini, melalui Jalan Hutton dan Jalan Macalister Road, bukannya Jalan Dato Keramat.

Pedati seberat 7 tan itu berhenti untuk mengganti lembu penarik.

Pedati itu dijadualkan tiba kira-kira pukul 6 pagi, berbeza dengan lebih daripada lima jam pada tahun-tahun sebelumnya ketika beribu-ribu penganut jalan beratur di sepanjang laluannya untuk berdoa.

Hanya 10 orang, kebanyakannya pegawai kuil, dibenarkan mengiringi pedati itu, manakala anggota polis yang menaiki motosikal menyertai konvoi lima buah kereta di belakangnya.

Polis menyuruh beberapa penganut yang telah meletakkan kenderaan mereka untuk menyaksikan perarakan tersebut setelah mendapat tahu melalui media sosial, untuk pulang ke rumah. Setelah diberi amaran yang mereka akan didenda RM1,000 kerana melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan, kebanyakannya beredar.

Pedati itu akan kembali ke Lebuh Penang pada hari Jumaat.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427