Penyokong Zuraida akan berhimpun di 10 lokasi esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 28 January 2020 (The Capital Post) – Penyokong YB Zuraida Kamaruddin dijangka akan mengadakan perhimpunan solidariti di 10 lokasi di seluruh negara esok ketika naib presiden PKR tersebut hadir ke ibu pejabat parti PKR bagi menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin.

Pejabat YB Zuraida memberitahu media bahawa ahli parlimen Ampang tersebut akan menghadiri mesyuarat Lembaga Disiplin tersebut esok pada jam 12.30 tengah hari.

YB Zuraida setakat ini enggan mendedahkan alasan surat tunjuk sebab itu dikeluarkan terhadapnya namun memberi gambaran bahawa ia mempunyai kaitan dengan ucapannya yang dibuat semasa perhimpunan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di Renaissance Hotel bulan lepas.

Pihak media menerima jemputan untuk membuat liputan media perhimpunan solidariti  tersebut di Kelantan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Negeri Sembilan yang akan diadakan serentak pada jam 1 petang. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427