KUALA LUMPUR, Okt 26 — Peniaga mikro yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) perlu membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Okt ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini mengingatkan peniaga yang masih belum menerima bantuan secara one-off berjumlah RM3,000 itu, agar membuat permohonan secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.
“Layari portal GKP untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan khas ini.
“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh hubungi LHDNM menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” menurut kenyataan itu.
GKP diperkenalkan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) PKS Tambahan untuk membantu peniaga mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN, Kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 sehingga 31 Okt dengan bayaran dijangka dibuat mulai 25 Nov. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 Nov depan. -BERNAMA