Penggunaan Setem Hasil tamat mulai 1 Januari 2024

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh negara sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 1 Januari 2024.

Susulan itu, pembayar duti dibenar menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 saja.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata, pembayar duti dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing.

Katanya, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan.

“Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.

“Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS manakala pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my,” kata kenyataan itu.

Katanya, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada pihak LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara),HASiL Live Chat, e-mel kepada stamps@hasil.gov.my; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public .

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427