Pendaftaran vaksin Astrazeneca dibuka semula palsu – JKJAV

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin AstraZeneca dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter. -METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427