Pencapaian SPM 2020 lebih baik berbanding 2019

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (2020) menunjukkan peningkatan 0.6 mata iaitu sebanyak 4.80 berbanding 4.86 bagi SPM 2019.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata seramai 401,105 calon mendaftar dengan seramai 381,894 calon menduduki SPM 2020 yang berlangsung dalam dua sesi pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu serta 6 hingga 23 April untuk 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Beliau berkata, pencapaian GPN 4.80 itu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun ini.

Katanya, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Jika kita lihat GPN tahun ini adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019. Data ini menunjukkan bahawa pencapaian calon adalah lebih tinggi pada 2020 berbanding 2019.

“Analisis ini berdasarkan kepada calon yang menaftar untuk kali pertama, untuk sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran,” katanya pada Sidang Media Khas SPM 2020 secara maya, pagi ini.

Beliau berkata, Calon LAyak Sijil SPM juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.96 peratus iaitu 88.68 peratus bagi SPM 2020 berbanding 86.72 peratus untuk SPM 2019.

Katanya, bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) Layak Sijil SPM, terdapat 6.88 peratus peningkatan iaitu 68.22 peratus bagi SPM 2020 berbanding 61.34 peratus untuk SPM 2019.

Radzi berkata, keputusan peperiksaan ini akan boleh diperolehi mulai jam 10 pagi ini melalui laman sesawang myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my manakala slip peperiksaan beserta jata negara dan kod QR akan boleh mula diakses Isnin ini melalui myresult3.moe.gov.my -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427