Pemenang mohon kaji pelaksanaan semula PKLN

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN – Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) memohon kerajaan Pusat menimbang dan mengkaji berhubung pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana ia memakan belanja besar.

Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, pelaksanaan semula program latihan itu dilihat satu pembaziran susulan ia memakan belanja lebih RM8 bilion sepanjang 12 tahun program itu dilaksanakan.

“Pemenang berpendapat, PLKN tidak perlu diwujudkan semula kerana ia merupakan satu pembaziran dengan kos tinggi iaitu RM8 bilion sepanjang 12 tahun dilaksanakan selain hasil yang diperoleh tidak seperti diharapkan.

“Dengan keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19, banyak lagi perkara kita boleh lakukan dengan wang sebanyak itu antaranya menangani masalah pengangguran yang akan mengakibatkan kepincangan struktur dalam masyarakat dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan keadaan penularan Covid-19, Pemenang juga bimbang jika wujud kluster baharu menerusi program tersebut sekiranya ia diadakan semula.

“Pemenang berpendapat, PLKN tidak perlu diwujudkan semula kerana ia merupakan satu pembaziran dengan kos tinggi iaitu RM8 bilion sepanjang 12 tahun dilaksanakan selain hasil yang diperoleh tidak seperti diharapkan.

“Dengan keadaan negara berhadapan pandemik Covid-19, banyak lagi perkara kita boleh lakukan dengan wang sebanyak itu antaranya menangani masalah pengangguran yang akan mengakibatkan kepincangan struktur dalam masyarakat dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan keadaan penularan Covid-19, Pemenang juga bimbang jika wujud kluster baharu menerusi program tersebut sekiranya ia diadakan semula. -SINAR HARIAN

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427