KUALA LUMPUR, 1 Feb 2020 (The Capital Post) – Parti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melahirkan rasa syukur dan menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu Pembangunan di atas tanah kawasan Kampung Baru hendak mengambil kira kepentingan kaum Melayu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Parti Perkasa juga mengesa Kerajaan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akur kepada titah Tuanku dah mahu sebarang perancangan pembangunan Kampung Baru perlu dipersembahkan dan mendapat perkenan YDPA terlebih dahulu agar Tuanku sedia maklum akan perkembangannya.
“Titah Tuanku yang mahu Kampung Baru menjadi simbol penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur perlu sentiasa ditanam dalam jiwa setiap pemerintah dan pegawai kerajaan dan Perkasa akan sentiasa bersedia untuk mempertahankan kepentingan Melayu di Kampung Baru.” ujur parti tersebut.
Perkasa juga berharap kerajaan Malaysia agar segera mengembalikan Tanah Rezab Melayu yang telah diambil untuk pembangunan awam dengan jumlah keluasan begitu besar sekali yang mana tidak sampai 15% baki Tanah Rezab Melayu yang tinggal. – The Capital Post