Pembangkang sedia sokong Ismail Sabri

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pembangkang secara prinsipnya sedia memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usul undi percaya bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan itu akan diberikan sekiranya dasar dan program dilaksanakan Perdana Menteri itu pro rakyat dan mampu menyelesaikan isu pandemik COVID-19.

“Kita beritahu kalau keadaan ini dan program agak pro rakyat, kita tidak akan mempersulitkan (undi percaya),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Selain Anwar, turut bersama dalam perjumpaan kira-kira satu jam itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Mengulas mengenai perjumpaan berkenaan, Anwar menganggap ia satu permulaan yang baik terutama dalam usaha menangani masalah COVID-19 yang lebih berkesan khususnya menyentuh golongan miskin serta mereka yang hilang pekerjaan.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427