Pejuang mungkin tidak hadir sidang Parlimen – Dr M

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedang mempertimbangkan keperluan untuk Ahli Parlimennya hadir ke sidang Parlimen akan datang sekiranya sesi pembentangan usul dan perbahasan tidak dibenarkan.

Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini memandangkan sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak dibenarkan.

“Kita nak tahu sama ada akan ada perbahasan atau pun tidak, kalau ada perbahasan ada usul kami akan hadir. Kalau tak ada kami akan fikir sama ada kami akan hadir atau pun tidak… itu kemudian, belum ada keputusan,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan pemberitahuan Mesyuarat Khas dikeluarkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat hari ini dengan persidangan berlangsung selama lima hari bermula 26 Julai hingga 2 Ogos depan.

Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen dari parti yang baru mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427