PAS sokong umrah ditangguh sementara

Estimate Reading Time: < 1 minute

MARANG: PAS menyokong tindakan kerajaan menangguhkan sementara perjalanan mengerjakan umrah.

Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan itu wajar selepas mendapat pandangan pakar perubatan dan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, penangguhan itu bagi mengelak penularan wabak yang pernah berlaku dalam sejarah Islam.

“Solat Jumaat pernah ditangguhkan di Masjid Nabawi dan di Makkah disebabkan berlakunya penularan wabak.

“Walaupun penangguhan itu menimbulkan keresahan ramai pihak, menjadi hak kerajaan memutuskan perkara itu demi keselamatan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan kediamannya di Rusila, di sini, hari ini.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Kabinet bersetuju menangguhkan perjalanan umrah bermula esok selama sebulan.

Katanya, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron dilakukan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dalam Islam benda yang perlu pada manusia adalah agama, nyawa, akal, keluarga dan wang.

“Jika nyawa terancam, kepentingan wang itu perlu ditangguhkan, sebaliknya perlu mengutamakan nyawa manusia,” katanya.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427