KLANG: Stesen Bandar Klang dan Taman Sri Muda merekodkan paras air berada pada status amaran setakat jam 9.45 pagi ini.
Menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan di Stesen Bandar Klang ialah 4.7 meter (amaran), berbanding bacaan normal 2.8 m.
“Bagi Stesen Taman Sri Muda pula, bacaan air pada paras 2.72 m (amaran), berbanding bacaan normal pada 2.2 m.
“Stesen Tugu Keris di Klang mencatatkan bacaan 3.56 m (berjaga-jaga), berbanding paras normal pada 1.7 meter,” menurut laman sesawang itu.
Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah Klang turut melaporkan perkembangan terkini kejadian banjir pagi tadi.
“Laporan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, Whatsapp 010-8691067,” menurut laman itu.
-BH