“Padang Chetty” tunggu sehingga Keputusan MB Selangor

Estimate Reading Time: < 1 minute

Klang, 3 Jun (The Capital Post)- Satu kenyataan media oleh Majlis Perbandaran Klang telah menjelaskan bahawa maklumat yang dberikan oleh Dr Ahmad Fadzli tentang penamaan Padang Chetty telah diputar belitkan oleh satu akhbar aliran Bahasa Inggeris.

Mengikut kenyataan media tersebut, pada 25 Mei 2021, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang telah membuat perbincangan bersama Ahli Majlis tentang isu bantahan berkenaan penjenamaan Padang Chetty kepada Dataran Majlis Perbandaran Klang.

Hasil perbincangan tersebut adalah, menangguhkan pertukaran nama sementara perkara itu dibawa perhatian Dato Seri Menteri Besar Selangor.

Tetapi, pada 28 Mei 2021, sebuah akhbar aliran Bahasa Inggeris telah mengeluarkan berita bahawa putus telah dicapai berkenaan perkara itu dimana Padang Chetty telah ditukarkan kepada Dataran Majlis Perbandaran Klang.

Kenyataan media juga nyatakan bahawa, berita tersebut telah digunakan sebagai satu sumber dan akhbar lain telah menjadikan perkara itu sebagai isu politik.

Dr. Ahmad Fadzli menjelaskan bahawa maklumat yang diberikan oleh beliau telah diputar belitkan oleh media tersebut.

Justeru itu beliau membuat kenyataan akhbar untuk menyatakan perkara yang sebenar.- The Capital Post

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427