Ops Hire 2.0: Dua pemilik syarikat direman 3 hari di Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Dua pemilik syarikat direman tiga hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (PENJANA) membabitkan nilai lebih RM400,000.

Perintah reman bermula hari ini hingga Khamis dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri, susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Sumber SPRM berkata, suspek masing-masing berusia 35 dan 62 tahun diwakili akan ditahan reman di lokap SPRM Pulau Pinang.

Terdahulu, kedua-dua suspek itu hadir di Mahkamah Majistret, di sini, dalam keadaan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM.

Kedua-dua mereka ditahan susulan Op Hire 2.0 yang dijalankan SPRM di seluruh negara sejak semalam.

Ops Hire 2.0 adalah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu dilakukan pengarah syarikat menerusi program PENJANA.

Ia lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 di seluruh negara membabitkan kerjasama SPRM dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terdahulu, SPRM dilapor akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas 47 pengarah syarikat yang ditangkap dalam Op Hire 2.0 berkaitan program PENJANA di seluruh negara hari ini.

– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427