Operasi kilang minuman keras dibatalkan serta-merta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan membatalkan kebenaran operasi kilang minuman keras sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembatalan itu diputuskan Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Katanya, semalam, berlegar di media sosial dan aplikasi WhatsApp mempersoalkan kilang arak yang mendapat surat pelepasan untuk pembukaan kilang mereka.

“Hari ini, dalam Mesyuarat Khas Kabinet, kita sudah membuat keputusan, kelulusan yang diberikan itu terbatal atau dibatalkan.

“Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan kepada kilang berkenaan dengan serta-merta,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri, berkata kerajaan akan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kawasan yang bakal menjalani Perintah Kawasan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Katanya, SOP baharu itu sedang diteliti Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pelaksanaan PKPD lebih berfokus, namun perkara itu masih dinilaikan secara terperinci.

“Adalah penting untuk kita kali ini lebih fokus. Tidak mahu ambil radius terlalu luas. Mungkin satu kampung terdapat kes positif, tetapi kawasan ditutup luas sehingga lima ke enam kilometer (km) radiusnya.

“Kalau di Lembah Pantai, tempatnya berdensiti tinggi. Kita akan lihat bagaimana, tempat mana dan sebagainya perlu dibuat lockdown. KKM akan keluarkan SOP baharu mengenai kawasan yang akan ditutup sepenuhnya,” katanya.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427