OLIMPIK: Barshim, Tamberi buat dunia kagum

Estimate Reading Time: < 1 minute

TOKYO: Keputusan sekelip mata dibuat atlet lompat tinggi Qatar Mutaz Barshim dan Gianmarco Tamberi dari Itali untuk berkongsi pingat emas menjadi saat paling bermakna di Olimpik Tokyo.

Kedua-dua atlet berkenaan melepasi semua had ketinggian sehingga palang ditetapkan pada ketinggian rekod Olimpik, 2.39 meter.

Kedua-duanya tidak melepasi had itu selepas tiga percubaan dan mereka memutuskan untuk berkongsi pingat emas daripada mengharungi lompatan penentuan.

“Saya tahu dengan persembahan saya, saya berhak mendapat emas. Dia melakukan perkara sama, jadi saya tahu dia juga berhak.

“Ini melangkaui sukan. Ini adalah mesej yang cuba kami sampaikan kepada generasi muda,” kata Barshim.

Penulis sukan New York Times Jeff Pearlman berkata: “Saya amat sukakan saat sebegini. Bolehkah kita memasukkannya ke dalam botol dan disebarkan? Kebaikan, cinta, kemanusiaan.

“Dua atlet baharu kegemaran saya: @mutazbarshim dan @gianmarcotamber #Olympics2021,” kata Pearlman.

Selepas keputusan diambil, Tamberi menepuk tangan Barshim dan melompat untuk memeluknya.

“Berkongsi dengan kawan adalah lebih indah. Ia saat yang cukup ajaib,” kata Tamberi.

Barshim kemudian menulis di Twitter: “Apa yang lebih baik daripada satu emas? DUA!! #tokyo2020”.

– AGENSI -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427